Taufan Haishen badai Jepun, kira-kira 40 cedera
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan
GLOBAL | Taufan Haishen, yang melanda seluruh timur laut Asia sejak hujung minggu, turut menyebabkan kira-kira 40 orang di Jepun cedera, lapor agensi berita Sputnik.
Menurut agensi berita Kyodo pada Isnin, lebih 8.5 juta orang diarahkan berpindah berikutan ancaman banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan taufan berkenaan.
Menurut penyiar NHK, angin kencang menyebabkan kerosakan besar pada sistem perkhidmatan elektrik, menyebabkan lebih 411,000 isi rumah mengalami gangguan.
Perkhidmatan kereta api juga dilaporkan terjejas manakala 579 penerbangan terpaksa dibatalkan.
Haishen mendarat di Jepun pada Ahad, kurang seminggu sejak negara itu dibadai Taufan Maysak yang menyebabkan kira-kira 20 orang cedera.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai