S’gor mahu tingkatkan denda hingga RM1 juta pada pencemar air
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata kuasa untuk menghukum pihak yang mencemarkan sumber air amat terhad dan hanya tertakluk pada Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (Luas) 1999.
Katanya sebarang tambahan bentuk hukuman terhadap pencemar sumber air mentah adalah bawah bidang kuasa pusat menerusi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, yang menurutnya lebih luas, lapor Bernama.
"Akta Kualiti Alam Sekeliling sebenarnya mempunyai kuasa yang lebih luas untuk tambah hukuman (terhadap pencemar alam sekitar) seperti sebat, penjara dan melucutkan hak.
“Malah kuasa untuk mendakwa juga bukan di bawah kerajaan negeri tetapi pada pihak Peguam Negara," dia dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas merasmikan sesi Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2021 di Shah Alam, hari ini.
Dia mengulas gesaan supaya hukuman terhadap pencemar alam sekitar ditingkatkan dengan meminda akta sedia ada atau menggubal undang-undang baru.
Jumaat lepas, empat loji rawatan air di Sungai Selangor dihenti tugas ekoran pencemaran bau di Sungai Gong, Rawang yang menjejaskan 1.2 juta pengguna sekitar Lembah Klang.
Sementara itu, Amirudin berkata kerajaan negeri akan meminda Enakmen Luas 1999 pada sidang Dewan Undangan Negeri akan datang dengan meningkatkan denda kepada RM1 juta kepada pencemar sumber air.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai