Skip to main
Logo Malaysiakini

Penganggur didakwa bunuh jiran

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuantan, hari ini, atas pertuduhan membunuh jirannya, minggu lalu.

Tertuduh Mohamad Nawi Che Heng, 40, mengangguk faham terhadap pertuduhannya yang dibacakan di hadapan Majistret Nurul Farahah Mohd Suah.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa membunuh Sulong Merah, 67, pada jam 12.30 tengah hari, 1 Sept lepas, di sebuah rumah di Kampung Peramu, di Kuantan. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Na’ilah Harizan memohon tertuduh dihantar ke Hospital Permai di Johor bagi menjalani pemeriksaan mental.

Nurul Farahah membenarkan permohonan itu dan menetapkan 8 Okt untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan patologi, asid deoksiribonukleik (DNA) dan penilaian kesihatan tertuduh.

- Bernama