Unit hartanah mewah tak terjual: K'jaan tak kenakan cukai pengosongan
Cukai pengosongan ke atas hartanah mewah yang tidak terjual kemungkinan tidak akan dikenakan tahun depan kerana ia masih lagi dikaji oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Menteri Zuraida Kamaruddin berkata cadangan cukai berkenaan yang telah dibentangkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi untuk perbincangan, bukanlah perkara mendesak untuk diselesaikan oleh kementerian.
"Kami sedang menyemaknya dan ia bukan keutamaan kami pada masa ini. Biarkan pemaju menguruskannya.
"Idea mengenai cukai pengosongan ini hanya muncul apabila kami memikirkan mengenai hartanah mewah yang tidak terjual … dan ia tidak akan dilaksanakan pada 2021, kami mempunyai mekanisme lain,” kata beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Digital Skim Rumah Pertamaku (Digital SRP) Cagamas SRP Bhd.
Menurut Zuraida, pada masa ini terdapat 29,000 unit mewah tidak terjual bernilai RM29 bilion.
Beliau berkata keutamaan KPKT adalah meringankan pemilikan rumah untuk orang ramai.
"Kami mahu memastikan kumpulan pendapatan B40 dan M40 dapat membeli rumah dengan cara yang lebih mudah menerusi bank,” ujar beliau.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai