Skip to main
Logo Malaysiakini

Senarai calon Umno PRN Sabah

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

PRN SABAH | Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Bung Moktar Radin mengumumkan senarai calon BN di Kota Kinabalu hari ini.

Umno akan bertanding di 31 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun,  Musa Aman tidak diberikan kerusi dalam pilihan raya negeri kerana menurut Bung Moktar bekas ketua menteri itu tidak memintanya.

Musa, “panglima perang” lama Umno, sebelum ini bertanding di DUN Sungai Sibuga atas tiket Umno dan BN sejak 1994.

Pada Julai, beliau mengisytiharkan mempunyai majoriti cukup untuk mengambil alih kerajaan pimpinan Warisan.

Ketua Menteri Shafie Apdal bagaimanapun menasihatkan yang di-pertua negeri membubarkan DUN.