Skip to main
Logo Malaysiakini

KL banjir kilat

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Hujan lebat menyebabkan banjir kilat di beberapa tempat di ibu negara petang ini.

Memetik pihak bomba Kuala Lumpur, laporan berita pantas Bernama melaporkan antara kawasan yang terjejas teruk adalah di Lebuh Ampang, Jalan Raja Alang dan Jalan Gurney.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata bahawa beliau telah meminta agensi berkaitan supaya memantau keadaan dan membuat laporan.

"Banjir kilat di KL?..Agensi berkait di minta segera memantau dan membuat laporan. Semoga tiada kejadian yg tidak diingini.

"Insyaallah sekejap lagi selepas solat saya nak tinjau sendiri kawasan banjir kilat," katanya dalam ciapan Twitter sebentar tadi.