Skip to main
Logo Malaysiakini

23 terkorban kebakaran 4.4 juta ekar di Pantai Barat AS

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL | Kebakaran besar yang merebak di bahagian barat Amerika Syarikat (AS) memusnahkan jutaan ekar tanah selain meragut sekurang-kurangnya 23 nyawa, menurut agensi berita Sputnik, memetik laporan USA Today.

Sekurang-kurangnya 102 kebakaran besar merosakkan 4.4 juta ekar di 12 negeri di barat negara ini.

Menurut USA Today, 19 kematian dilaporkan di California, tiga di Oregon, dan satu di Washington.

Puluhan orang hilang dan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan, tambah laporan itu.

Pihak berkuasa Oregon berkata lebih setengah juta penduduk negeri ini, bersamaan 10 peratus penduduk negara, terpaksa meninggalkan kediaman mereka berikutan kebakaran yang tidak terkawal.

Menurut maklumat terkini Pusat Bomba Interagensi Nasional AS, keadaan kebakaran yang kritikal dijangka berlarutan sehingga ke bahagian Pantai Barat memandangkan tiupan angin di tengah-tengah cuaca panas dan kering.

- Bernama