Skip to main
Logo Malaysiakini

Palestin panggil balik duta besar di Bahrain

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL | Palestin pada Jumaat memanggil balik Duta Besarnya ke Manama sejurus Bahrain memeterai perjanjian untuk memulihkan hubungan dengan Israel, lapor Agensi Anadolu.

Menteri Luar Riyad al-Malik "memanggil balik Duta Besar di Manama untuk berunding dan membincangkan mengenai langkah-langkah yang perlu," menurut satu kenyataan.

Israel dan Bahrain pada Jumaat bersetuju untuk menjalin hubungan diplomatik, perjanjian memulihkan hubungan yang kedua dicapai dengan negara Arab selepas Emiriah Arab Bersatu.

Perjanjian terbaru itu dimuktamadkan semasa perbualan telefon antara Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Raja Bahrain, Hamad bin Isa Al Khalifa, menurut kenyataan bersama AS-Bahrain-Israel yang disiarkan di Twitter Presiden Donald Trump.

-Bernama