Kluster baru di Sabah dikesan lepas wanita tak sedarkan diri
Malaysia melaporkan 23 kes Covid-19 baru hari ini, melibatkan 10 kes import dan 13 kes penularan tempatan.
Ini termasuk kluster baru - Kluster Pulau - yang dikesan selepas seorang pesakit ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Kunak, Sabah.
Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes indeks kluster itu (Kes 9940) melibatkan seorang wanita berusia 68 tahun.
"Beliau ditemui tidak sedarkan diri di rumah dan dibawa ke Hospital Kunak, dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Tawau bagi rawatan serangan jantung, strok dan penyakit hati di mana saringan Covid-19 didapati positif pada 13 September 2020.
"Beliau kini dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.
Hasil saringan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection), lapan lagi kes positif Covid-19 telah dikesan," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Kluster Pulau adalah kluster Sabah ketiga yang dilaporkan sejak 1 September, apabila Kluster Benteng LD pertama kali dilaporkan.
"Kesemua lapan kes merupakan ahli keluarga kes indeks. Sehingga 15 September 2020, sejumlah 128 individu telah disaring dalam kluster ini yang terdiri daripada 109 warganegara dan 19 bukan warganegara," jelas beliau lagi.
Menurut Noor Hisham daripada 128 orang yang disaring dalam kluster baru ini, 18 diuji negatif dan 101 masih belum diketahui hasil saringan.
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai