Relawan kutip sampah plastik di Tioman, kitar semula jadi produk industri
Sekumpulan pencinta alam sekitar dan usahawan menjadikan sampah plastik sebagai bahan industri palet plastik pelbagai produk, seperti alat ganti atau peralatan rumah dan perabot.
Syarikat Heng Hiap, yang berpengkalan di negeri Johor, bekerjasama dengan aktivis seperti kumpulan Sea Monkey Project di Pulau Tioman untuk mengumpul dan membuang sampah plastik dari perairan negara.
"Pencemaran laut merupakan masalah besar dan kami memutuskan untuk memberi perhatian kepada plastik yang dibuang di laut," kata pengasasnya, Seah Kian Hoe, lapor Agensi semalam.
Palet yang diproses oleh Heng Hiap itu dijual pula kepada syarikat lain seperti Kian, iaitu sebuah syarikat pembuat perabot.
"Setiap kerusi yang dihasilkan adalah berasal daripada sampah yang kita semua buang," kata Irene Lim, pengurus jenama perabot Kian.
Menurut pengasas Sea Monkey Project, Sydney Steenland pada setiap hujung minggu sukarelawan akan mengutip sampah di sekitar pantai Pulau Tioman.
"Plastik banyak digunakan sekarang, jadi tugas kami sangat sukar," katanya.
Steenland mengakui pencemaran akan berterusan selagi orang ramai terus menggunakan bahan plastik.
Menurut agensi pengurusan sampah SWCorp, pada 2018 rakyat Malaysia menghasilkan 38.142 tan sampah sehari, berbanding 19 tan sehari pada 2005.
Menurut laporan itu, 44.5 peratus adalah sisa makanan, sisa plastik (13.2 peratus) dan lampin pakai buang (12.1 peratus). Pada Januari 2020, sampah plastik dilaporkan meningkat kepada 20 peratus.
Menurut Tabung Alam Sedunia (WWF)awal tahun ini, dari enam negara Asia, Malaysia adalah salah satu pengguna utama pembungkusan plastik, dengan berat sekitar 16kg (35 lb) bagi setiap individu, setiap tahun.
China, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam, kata WWF dianggarkan menyumbangkan 60 peratus daripada kira-kira 8 juta tan plastik yang mencemari lautan setiap tahun.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai