SPRM tahan 2 anggota keselamatan disyaki sogok pengundi
PRN SABAH | Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu kerana dipercayai menerima sejumlah wang disyaki untuk ‘membeli’ undi bagi salah seorang calon parti politik.
Menurut sumber, kedua-dua suspek itu didakwa menjadi ‘orang tengah’ untuk memberikan wang tersebut kepada pengundi awal hari ini susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.
Kes berkenaan dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada SPRM setelah aduan diterima berhubung perkara tersebut.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy mengesahkan penahanan berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai