Polis rekod keterangan Mohamaddin lepas PRN Sabah
Polis akan merakam keterangan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Mohamaddin Ketapi bagi membantu siasatan susulan kenyataannya bahawa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 adalah sandiwara.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata, proses rakaman percakapan itu mungkin dilaksanakan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
“Rakaman keterangan itu akan dilakukan pasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman yang berada di Sabah kerana penugasan sempena PRN.
“Keterangannya akan diambil di negeri berkenaan apabila keadaan mengizinkan,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, beberapa saksi lain akan turut dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung perkara itu.
Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu dan sebanyak 72 laporan polis diterima di seluruh negara.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai