Skip to main
Logo Malaysiakini

Kontroversi tak jejas Mohammadin, menang besar di Segama

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Walaupun membuat kenyataan yang dilihat menjejaskan reputasinya sebelum ini, Mohamaddin Ketapi dari Warisan menang besar di Segama.

Menurut keputusan rasmi, dia menang dengan majoriti 2,168 undi.

Sebelum ini, Mohamaddin dikritik kerana menyifatkan serangan di Lahad Datu adalah "sandiwara".

Mohamaddin mencetuskan kontroversi apabila dia dilaporkan mendakwa tragedi di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 2013 itu hanyalah peperangan bersama ‘ayam’ dan ‘anjing’.

Dalam satu video ucapannya yang tular di media sosial, Mohamaddin berkata pihak berkuasa ketika itu mengerahkan segala kekuatan sedangkan perperangan tidak berlaku.

Selepas menerima kecaman bekas menteri itu kemudian tampil memohon maaf. Dia mendakwa video yang disebarkan itu tidak menggambarkan keseluruhan ucapannya, dan adalah permainan kotor untuk memburukkan partinya Warisan serta telah diputar belit.