Skip to main
Logo Malaysiakini

PAS: Menang PRN, bukti rakyat Sabah mahu k'jaan GRS

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam, membuktikan keyakinan dan sokongan rakyat terhadap GRS untuk menerajui pentadbiran negeri itu.

Justeru, kemenangan GRS di 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu diterjemah dengan melaksanakan segala amanah yang diberi untuk memajukan pembangunan Sabah.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan calon yang memenangi PRN itu supaya menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dengan sebaiknya demi kemaslahatan agama, bangsa dan negara.

Meraikan kejayaan GRS, Abdul Hadi berkata PAS akan terus komited menyumbang peranannya dalam usaha memperkukuh perpaduan dan membela kebajikan rakyat secara bersama.

“Tahniah kepada GRS yang diterajui Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) atas kemenangan dalam PRN Sabah.

"Kepada pengundi, terima kasih atas kepercayaan ini,” katanya dalam laman Facebook.

- Bernama