Skip to main
Logo Malaysiakini

Jabatan Kesihatan T'ganu siasat maklumat pesakit Covid-19 bocor

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan menyiasat dakwaan mengenai kebocoran maklumat dua nama pesakit Covid-19 yang tular di media sosial, sejak semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata, pihaknya akan melakukan siasatan dan menegaskan bahawa semua kakitangan jabatan itu sangat menjaga kerahsiaan pesakit.

“Maklumat pesakit adalah sulit, jabatan akan menyiasat perkara tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, dua pesakit yang disahkan positif Covid-19 di Terengganu mendakwa, mereka kecewa dan trauma apabila nama mereka tular di media sosial.

Kedua-dua individu tersebut menyatakan yang mereka tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis, berhubung perkara ini.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.