115 kes baru, jumlah kes aktif kini 1,011
Malaysia mencatatkan 115 kes baru Covid-19 dalam tempoh 24 jam hingga tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan 11,034 kes, dengan jumlah kes mencecah 1,011.
Kes baru terdiri daripada 112 penularan tempatan dan tiga kes import.
Sabah kekal sebagai penyumbang utama lonjakan kes dengan terbaru 98 kes.
Negeri lain melaporkan 11 kes yang berkaitan dengan individu yang mempunyai sejarah perjalanan di Sabah.
Sementara itu, Selangor telah melaporkan 11 kes baru.
Jumlah itu merangkumi Kluster baru di Klang, Selangor.
Daripada 10 kes yang dilaporkan di Selangor ini hari ini, enam adalah dari kluster baru yang dinamakan Kluster Jalan Apas.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media petang ini mengatakan kes indeks (Kes 10782 dan Kes 10783) adalah suami isteri yang melakukan perjalanan di Tawau dan Semporna, Sabah, dari 13 September hingga 16 September 2020.
Kedua-duanya melaporkan gejala demam, batuk, dan selesema pada 18 September dan mendapatkan rawatan perubatan pada hari berikutnya, dan kemudian dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang pada 24 September.
Mereka diuji positif pada 26 September dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Saringan kontak rapat mendapati enam lagi positif, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit dari kluster ini menjadi lapan kes.
Setakat ini, 66 individu disaring dalam kluster ini, dengan dua masih menunggu keputusan.
Selain Kluster Jalan Apas, empat kes lain yang dilaporkan di Selangor hari ini juga dikesan ketika disaring selepas pulang dari Sabah.
Sementara itu, Kedah, Melaka, Terengganu, dan Labuan, masing-masing melaporkan satu kes tempatan.
Terdapat 54 kes baru yang telah pulih. Tidak ada kematian baru yang dilaporkan sejak semalam menjadikan jumlah korban kekal pada 134.
Namun, masih ada lapan pesakit Covid-19 yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan lima daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai