Skip to main
Logo Malaysiakini

5 Nov dengar permohonan saman berkaitan projek solar S'wak

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Nov untuk mendengar permohonan membatalkan saman berkaitan projek solar hibrid di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Hakim Ahmad Bache hari ini juga menetapkan tarikh tersebut untuk mendengar permohonan mendapatkan penghakiman ringkas dalam saman oleh perunding perniagaan Rayyan Radzwill Abdullah terhadap bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Menurut undang-undang penghakiman ringkas adalah penghakiman yang dibuat tanpa perkara itu didengar dalam perbicaraan penuh.

Pada 13 Julai, portal berita perniagaan dalam talian The Edge Markets melaporkan bahawa Rayyan menyaman Saidi kerana didakwa tidak membayar yuran perkhidmatan kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan kontrak untuk projek solar hibrid kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Portal berita perniagaan dalam talian itu melaporkan Rayyan meminta baki sejumlah RM9 juta bayaran perkhidmatan ; tambahan RM20 juta bagi kerugian dalam peluang pelaburan dan perniagaan; kerosakan am; bunga dan kos.

Ia juga melaporkan bahawa Saidi berusaha membatalkan tindakan undang-undang terhadapnya.

Rayyan dan Saidi adalah saksi pendakwaan yang telah memberi keterangan dalam perbicaraan rasuah terhadap Rosmah Mansor berkaitan dengan projek itu.

Rosmah adalah isteri bekas perdana menteri Najib Abdul Razak.

Semasa prosiding di Mahkamah Tinggi hari ini, Ahmad menetapkan 5 Nov untuk mendengar permohonan plaintif untuk penghakiman ringkas serta permohonan Saidi selaku defendan untuk membatalkan saman utama.

"Selepas Membaca secara menyeluruh dan mempertimbangkan permohonan untuk membatalkan dan penghakiman ringkas, permohonan defendan di sini (untuk menghapus bahagian afidavit plaintif) adalah tidak boleh dibenarkan, "kata Ahmad.

"Merit (dari penerbitan surat itu antara lain) akan dikendalikan dalam dua permohonan nanti (pada perbicaraan 5 Nov)," kata hakim.

[Baca berita penuh]