Skip to main
Logo Malaysiakini

UTP minta pelajar jangan datang asrama buat sementara

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Universiti Teknologi Petronas (UTP) mengarahkan semua pelajarnya yang belum kembali ke kampus supaya kekal berada di rumah masing-masing susulan terdapat kes Covid-19 di universiti itu.

UTP menjelaskan seorang daripada pelajarnya didapati positif Covid-19 pada 26 Sept lalu dan dia dikuarantinkan semasa tiba kampus mereka di Seri Iskandar, Perak.

"Pelajar dan mereka yang kembali ke kampus dari kawasan berisiko tinggi dikuarantinkan di kampus dengan pergerakan yang sangat terhad sebaik mereka tiba di kampus," kata institut pengajian tinggi itu dalam kenyataan, hari ini.

Menurut UTP pihak pengurusan mengambil inisiatif untuk melakukan ujian swab pada semua pelajar yang kembali dari kawasan berisiko tinggi.

Sebagai langkah berjaga-jaga, UTP dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan proses nyah kuman di kampus mereka, semalam.

"Kami ingin meyakinkan semua kakitangan, pelajar dan ibu bapa bahawa kes itu adalah kes terpencil yang segera diselesaikan setelah dikesan.

"Berdasarkan situasi ini, KKM memberikan persetujuan kepada UTP untuk beroperasi seperti biasa.

"Untuk menjaga kesihatan dan keselamatan komuniti UTP lebih lanjut daripada pandemik Covid-19, semua pelajar yang belum kembali ke kampus UTP diminta untuk kekal di tempat masing-masing sehingga diberitahu kelak," kata kenyataan itu.