Bicara saman lucut hak ke atas PetroSaudi ditangguh ke 10 Nov
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman pelucutan hak oleh kerajaan ke atas PetroSaudi International Limited dan empat yang lain berhubung dana AS$340 juta 1MDB sebanyak AS$340 juta ditangguhkan dari 5 Oktober ke 10 November.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali hari ini membenarkan penangguhan itu kerana “perkembangan baru yang pihak-pihak terbabit perlu mengkaji semula kedudukan masing-masing dan mengambil arahan baru."
Mahkamah diberitahu mengenai hal ini oleh peguam Alex Tan, yang mewakili PetroSaudi Oil Services (Venezuela) Limited (POSL), salah satu responden dalam saman pelucutan hak itu, semasa prosiding mahkamah terbuka pagi ini.
Selain PetroSaudi International dan POSL, responden lain adalah Pengarah Petrosaudi International Tarek Obaid, Clyde & Co LLP dan Temple Fiduciary Services Limited (TFSL).
Hari ini sepatutnya adalah perbicaraan saman pelucutan terhadap kelima-lima responden itu.
Tan, semasa prosiding hari ini, bagaimanapun, tidak menyatakan apa sebenarnya perkembangan baru yang menyebabkan permohonan untuk menangguhkan perbicaraan dari 5 Oktober ke 10 November itu dikemukakan.
Tan memberitahu mahkamah bahawa kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh perbicaraan baru pada 10 November, dan timbalan pendakwa raya Budiman Lutfi Mohamed mengesahkan bahawa pihaknya tidak membantah dengan penangguhan itu.
Nazlan kemudian menyoal peguam Tarek, Zainal Yusof Abiden, apakah mereka juga mengambil pendirian sama, dan Zainal menjawab: "(Kami) sama pendirian. Perkembangan yang disebutkan oleh rakan saya (Tan) melibatkan pelanggan saya (Tarek)."
Nazlan kemudian membenarkan permohonan penangguhan dan menetapkan 10 November sebagai tarikh baru untuk mendengar tuntutan pelucutan hak.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai