Skip to main
Logo Malaysiakini

AS sekat import FGV atas tuduhan 'buruh paksa'

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Amerika Syarikat pada Rabu lalu memaklumkan bahawa mereka telah mengharamkan import minyak sawit dari FGV Holdings (FGV) atas tuduhan bahawa syarikat itu menggunakan tenaga buruh paksa dalam proses pengeluaran.

Pengeluar minyak sawit mentah terbesar di dunia itu telah lama berdepan tuduhan dari beberapa NGO antarabangsa bahawa pekerja asing di ladang FGV bekerja dalam keadaan yang teraniaya.

Kastam dan Kawalan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat berkata, larangan itu adalah hasil siasatan selama setahun yang mendedahkan wujudnya gejala buruh paksa. Antara lain, ini termasuk penyalahgunaan ke atas mereka yang lemah, penipuan, keganasan fizikal dan seksual, intimidasi dan ancaman, penyimpanan dokumen pengenalan diri.

Siasatan itu juga menimbulkan kebimbangan bahawa tenaga buruh kanak-kanak juga mungkin digunakan dalam proses pengeluaran minyak sawit FGV, katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa larangan itu akan berkuatkuasa serta-merta.

"Penggunaan tenaga buruh paksa dalam pengeluaran produk membolehkan syarikat mendapat keuntungan dari pekerja yang tertindas," kata penolong pesuruhjaya eksekutif pejabat perdagangan CBP Brenda Smith.

Smith juga berkata, syarikat barangan pengguna Procter & Gamble, yang mempunyai usaha sama dengan FGV harus mengambil maklum tentang larangan tersebut.

- Reuters

[Baca berita penuh]