Skip to main
Logo Malaysiakini

MB Perlis negatif Covid-19

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata beliau disahkan negatif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan pandemik itu pada Isnin lepas.

Bagaimanapun katanya beliau akan terus menjalani perintah kuarantin di rumah hingga 8 Okt ini seperti yang dinasihatkan oleh petugas kesihatan sebelum ini.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana keputusan ujian saya negatif setelah pulang dari Sabah tempoh hari (26 Sept). 

"Sekarang saya sedang kuarantin di rumah seperti yang diarahkan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan individu baru tiba dari Sabah diwajibkan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) serta dipakaikan gelang kuarantin selama 14 hari.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.