Dr Noor Hisham: Mungkin ini permulaan gelombang baru Covid-19
Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Malaysia mungkin boleh mengalami "gelombang baru" Covid-19 memandangkan jangkitan terus meningkat.
"Jika kita lihat carta, kita ada kenaikan kes baru-baru ini," katanya pada sidang akhbar hari ini di Putrajaya.
Kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini mencecah 260.
Sebilangan besar kes (88) dikesan di sebuah penjara di Kedah, yang dikenali sebagai Kluster Tembok, sementara satu lagi kluster di Sabah (74), hanya melibatkan warga asing.
Jumlah kes baru hari ini adalah yang tertinggi sejak 4 Jun lalu.
Semasa gelombang pertama kes Covid-19 pada bulan Mac dan April, jangkitan harian berada di bawah 260 kes, walaupun pada masa itu kemampuan ujian Malaysia masih tidak sampai ke tahap sekarang.
Noor Hisham berkata kini pihak berkuasa lebih berpengalaman dalam menangani wabak Covid-19, tetapi rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19 berdasarkan garis panduan kerajaan.
"Kita pernah melakukannya sebelum ini dan kita akan melakukannya sekali lagi," katanya.
Jumlah kes aktif hari ini melonjak menjadi 1,334. Ia satu tahap yang sudah lama tidak disaksikan sejak awal Jun lalu.
Sembilan pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 pada September menjadikan jumlah korban seramai 136 orang.
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai