Skip to main
Logo Malaysiakini

Trump suami isteri dijangkiti Covid-19

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Ujian mendapati Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan isterinya Melania possitif Covid-19.

Mengumumkan perkara itu di Twitter, Trump berkata mereka akan memulakan kuarantin dan melalui proses pemulihan dengan segera.

“Kita akan lalui perkara ini,” ciapnya.

Sebelum ini, penasihatnya Hope Hicks juga didapati positif virus itu.

Trump berdepan kritikan berkaitan kawalan virus itu di Amerika Syarikat yang telah menjangkiti lebih 200,000 rakyat negara itu.