UAE, AS, Israel bersama bangunkan strategi tenaga
Emiriah Arab Bersatu (UAE), Amerika Syarikat dan Israel bersepakat untuk membangunkan strategi bersama dalam perkongsian tenaga, lapor agensi berita Xinhua, memetik agensi berita rasmi WAM.
"UAE, AS dan Israel sepakat untuk meningkatkan kerjasama lebih luas dalam sektor tenaga, termasuk tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga, minyak, sumber gas asli dan teknologi penyahgaraman," menurut kenyataan dikeluarkan menteri tenaga ketiga-tiga negara.
Menurut kenyataan bersama itu kerjasama tenaga boleh menjadi langkah ke arah Timur Tengah yang lebih "stabil, bersepadu dan makmur".
Ketiga-tiga negara juga akan berusaha mencari jalan untuk mengatasi cabaran tenaga yang dihadapi rakyat Palestin melalui pengembangan sumber, teknologi dan infrastruktur berkaitan.
Pada 15 September, UAE dan Israel menandatangani perjanjian memulihkan hubungan diplomatik di Rumah Putih, menjadikan UAE negara Arab ketiga mengambil langkah itu selepas Mesir dan Jordan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai