Kementerian Luar Israel kesal keputusan Armenia panggil balik duta
Kementerian Luar Israel kesal dengan keputusan Armenia memanggil balik dutanya kerana menyifatkan kedutaan Armenia di Israel alat penting untuk memperluas hubungan dua hala, lapor agensi berita Sputnik.
Pada Khamis, jurucakap Kementerian Luar Armenia Anna Naghdalyan berkata duta besar itu dipanggil balik untuk berunding mengenai pembekalan senjata oleh rejim itu kepada Azerbaijan.
"Israel kesal dengan keputusan Armenia memanggil pulang dutanya. Israel sangat mementingkan hubungan dengan Armenia untuk kemajuan hubungan dan kebaikan kedua-dua negara,” kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Khamis.
Pertempuran di sempadan Nagorno-Karabakh antara Armenia dan Azerbaijan meletus pada Ahad ketika kedua-dua pihak saling menuding jari mengenai pelanggaran gencatan senjata.
Kebanyakan negara termasuk Rusia, menggesa pihak bertelagah menghentikan permusuhan dan menyelesaikan pertikaian menerusi dialog. Turki menyuarakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Azerbaijan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai