Trump hentikan bantuan kepada 9 negara
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengarahkan pentadbirannya menghentikan sebarang bantuan bukan kemanusiaan kepada Korea Utara dan lapan negara lain, sehingga semua negara terbabit memenuhi standard minimum mengenai pemerdagangan manusia, kata Rumah Putih pada Khamis, lapor Agensi Berita Yonhap.
Negara lain termasuk Burundi, China, Cuba, Eritrea, Iran, Nicaragua, Rusia dan Syria.
Trump berkata arahan itu hanya dikecualikan untuk bantuan berkaitan pandemik COVID-19 dan virus Ebola.
Arahan bermula pada Khamis itu bakal mempengaruhi keseluruhan tahun fiskal 2021, menurut memorandum dikeluarkan Rumah Putih.
Jabatan Negara dalam laporan tahunan yang diterbitkan pada Jun, menyenaraikan Korea Utara dan 18 negara lain sebagai negara paling teruk dalam melindungi mangsa pemerdagangan manusia.
Dalam memorandum bertarikh 28 September, presiden AS juga mengarahkan ketua bank pembangunan multilateral Amerika, termasuk Dana Monetari Antarabangsa, "menentang dan menggunakan jalan terbaik untuk menolak pinjaman" kepada mana-mana negara yang disenaraikan kecuali dana berkenaan dirancang untuk tujuan kemanusiaan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai