Aminuddin bebas Covid-19, nafi masuk hospital
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan kononnya beliau telah dimasukkan ke hospital kerana disyaki positif COVID-19.
Sebaliknya, beliau berkata apa yang ditularkan itu adalah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka.
"Ramai orang baca topik sahaja dan hantar kepada saya. Saya harap kita kena bijak dan jangan baca tajuk saja.
"Saya telah disahkan oleh pihak Hospital Tuanku Ja'afar Seremban bebas COVID-19. Isu yang tular ini adalah tidak betul dan saya menafikannya," katanya kepada pemberita di Kuala Pilah hari ini.
Hari ini tular di aplikasi WhatsApp kononnya Aminuddin telah dimasukkan ke sebuah hospital kerana positif COVID-19.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai