Skip to main
Logo Malaysiakini

Kemasukan pelajar asing ditangguh hingga 31 Disember

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Semua kemasukan pelajar asing baharu dan sedia ada termasuk yang sudah mendapat kelulusan daripada Jabatan Imigresen, ditangguhkan hingga 31 Dis ini.

Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud berkata penangguhan itu selaras dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menangguhkan pendaftaran dan pengajian secara fizikal dan bersemuka pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bagi kemasukan Oktober 2020.

"Jabatan ini juga difahamkan bahawa KPT telah berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan mengenai penjadualan semula penerbangan pelajar-pelajar antarabangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Khamis lepas, KPT dilaporkan meminta semua IPT menangguh pendaftaran baharu serta pengajian secara fizikal dan bersemuka pelajar masing-masing susulan kebimbangan terhadap peningkatan kes COVID-19 di negara ini.

- Bernama