S'gor tawar bantuan pengangkutan dan makanan buat pelajar terjejas
Kerajaan negeri Selangor akan menyediakan pengangkutan, makanan, pelitup separuh muka dan cecair pembasmi kuman kepada pelajar universiti yang terjejas oleh penangguhan pendaftaran pelajar yang dimumumkan saat akhir.
Situasi Covid-19 yang semakin membimbangkan memberi cabaran serius kepada kita semua, lebih-lebih lagi kepada mahasiswa dan mahasiswa akibat risiko jangkitan virus Covid-19 serta ketidaktentuan status di pusat pengajian masing-masing.
"Tambahan lagi, keadaan ekonomi yang terjejas akibat Covid-19 juga menekan situasi kewangan kepada golongan mahasiswa.
"Menyedari keadaan ini, kerajaan negeri Selangor melalui Kaukus Adun Muda Selangor akan menyalurkan bantuan awalan dengan kerjasama Team Selangor, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mahasiswa PKR dan Biro Mahasiswa AMK," kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dalam kenyataan media hari ini.
Jelas Amirudin, program itu akan memfokuskan bantuan kepada tiga kategori mahasiswa iaitu mahasiswa di Selangor yang belajar di Selangor, mahasiswa dari negeri lain yang belajar di Selangor dan mahasiswa Selangor yang belajar di negeri lain.
Pelajar yang memerlukan bantuan-bantuan itu boleh merujuk kepada pautan berikut:
- Borang Edaran TS Care Kit (IPTS): http://bit.ly/mdekatA
- Borang Bantuan Makanan Siswa Kampus Selangor (IPTA Sahaja): http://bit.ly/mdekatB
- Borang Bantuan Pengangkutan Anak Negeri Selangor: http://bit.ly/mdekatC
Sebelum ini, sejumlah pelajar terkandas susulan pengumuman saat akhir oleh Kementerian Pengajian Tinggi berhubung penangguhan pendaftaran fizikal pelajar yang seharusnya diadakan pada bulan ini.
Langkah itu diambil susulan peningkatan kes harian Covid-19.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai