‘PBS, Star harus tinggalkan GRS’
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kapayan DAP, Jannie Lasimbang berkata, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) harus meninggalkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) susulan pelantikan Setiausaha PAS Sabah Aliakbar Gulasan sebagai Adun.
"PBS dan Star harus melakukan perkara yang betul dan mengisytiharkan bahawa mereka akan menarik diri daripada kerajaan GRS setelah gagal menyekat penyertaaan pemimpin PAS dalam pemerintahan GRS.
"Penyokong kedua-dua parti Star dan PBS tidak akan bersetuju untuk membenarkan PAS, sebuah parti pelampau, menjadi anggota DUN seperti yang telah dinyatakan oleh orang ramai, institusi, NGO dan pemimpin politik dalam beberapa hari kebelakangan ini," katanya.
Aliakbar hari ini bersama lima yang lain, iaitu bekas ketua menteri Yong Teck Lee, Suhaimi Nasir dan Raimie Unggi dari Umno, serta Jaffari Walliam dan Amisah Yassin dari Bersatu dilantik mengisi jawatan Adun lantikan.
Sebelum ini, pada 2 Oktober lalu, Presiden PBS Maximus Johnity Ongkili berkata, tiada asas bagi GRS untuk mempertimbangkan pelantikan wakil pemimpin mereka seperti PAS untuk menganggotai kabinet atau Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
Katanya, ini kerana PAS tidak bertanding dan tidak memenangi apa-apa kerusi DUN dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah, Sabtu lalu.
Malah, kata Maximus, pandangan itu juga telah disuarakan kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor baru-baru ini.
Turut menolak cadangan agar wakil PAS dilantik ke DUN Sabah sebelum ini adalah presiden Star dan timbalan ketua menteri Sabah Dr Jeffrey Kitingan.
Pada PRN Sabah, GRS memperoleh 38 kerusi sekali gus membolehkan perikatan itu membentuk kerajaan negeri dan melantik enam wakil rakyat tambahan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai