Masjid di Seremban nafi pesakit Covid-19 tunai solat Jumaat semalam
Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd Yusof di Sikamat di Seremban menafikan dakwaan yang tular bahawa individu yang disahkan positif COVID-19 hadir menunaikan solat Jumaat di masjid itu semalam.
Menurut pemangku pengerusinya Najib Nubhan Khairuddin, berdasarkan semakan sejarah perjalanan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), lelaki tersebut didapati menunaikan solat Jumaat di masjid itu pada minggu lepas.
“Jadi, maklumat yang tular sebelum ini adalah tidak tepat dan menimbulkan kekeliruan serta ketakutan kepada masyarakat sejak malam tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada masa sama, beliau berkata setakat ini operasi masjid adalah seperti biasa memandangkan tiada arahan ditutup oleh KKM susulan kes berkenaan.
Katanya KKM telah melakukan proses nyah cemar di masjid itu selain mengesan kontak rapat individu tersebut.
“Pihak pengurusan masjid akan maklumkan jemaah sekiranya ada arahan terkini daripada KKM meminta mereka menjalani ujian swab,” katanya.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai