Skip to main
Logo Malaysiakini

SPRM cari Shahridhuan bantu siasatan kes

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor sedang mengesan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan individu berkenaan dikenali sebagai Mohd Shahridhuan Zohir, 29, alamat terakhir di B-1-1 Taman Mewah Indah, 43000, Kajang, Selangor.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Mohd Shahridhuan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Suriawani Abdul Rahim di talian 012-2829881 dan 03-55256500 atau e-mel ke [email protected].

- Bernama