Skip to main
Logo Malaysiakini

LHDN bangunan Jalan Tuanku Halim KL tutup esok

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim akan ditutup mulai esok sehingga Jumaat bagi kerja-kerja sanitasi.

Bahagian Komunikasi LHDN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang tempoh itu, pembayar cukai disaran melakukan urusan percukaian secara dalam talian.

Menurut kenyataan itu juga sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh disalurkan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara).

Katanya, orang ramai juga boleh berhubung dengan HASiL Live Chat atau mengisi borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.