PRK Batu Sapi: Undi 5 Dis, penamaan calon 23 Nov
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, Sabah diadakan pada 5 Disember depan.
Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan urusan PRK Batu Sapi dalam sidang media di Menara SPR di Putrajaya hari ini, berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 23 November manakala hari pengundian awal pada 1 Disember.
PRK Batu Sapi perlu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi susulan kematian penyandangnya Liew Vui Keong pada 2 Oktober lepas dipercayai akibat jangkitan paru-paru.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Liew yang mewakili Parti Warisan Sabah berjaya memenangi kerusi Parlimen Batu Sapi dengan majoriti 4,619 undi dalam pertandingan empat penjuru.
PRK Batu Sapi merupakan PRK ke-13 selepas PRU-14 pada 9 Mei 2018.
Selain 12 PRK sebelum ini, turut diadakan selepas PRU-14 ialah Pilihan Raya Negeri Sabah pada bulan lepas. Batu Sapi terletak dalam daerah Sandakan di Sabah.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai