KM Sabah teruskan tugas walau dalam rawatan
Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor tetap menjalankan tugas beliau menerusi panggilan telefon dan sidang video meskipun sedang menjalani tempoh kuarantin sejak 8 Okt lepas.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Wetrom Bahanda berkata Hajiji dalam keadaan stabil dan bersemangat tinggi walaupun sedang menjalani rawatan Covid-19.
Wetrom berkata Hajiji juga amat mengambil berat tentang keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.
"Saya mendoakan agar beliau (Hajiji) akan pulih daripada jangkitan secepat mungkin agar dapat segera kembali berkhidmat untuk rakyat Sabah," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Wetrom juga turut mengajak rakyat di negeri ini agar bersama-sama mendoakan kesembuhan Hajiji dan negeri Sabah daripada pandemik virus Covid-19.
- Bernama
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai