Skip to main
Logo Malaysiakini

Jakim nasihat restoran pastikan penapis air mereka halal

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan pengusaha restoran memastikan mereka menggunakan penapis air yang disahkan halal.

Perkara itu dibangkitkan susulan terdapat penapis air yang menggunakan komponen penapis yang dibuat daripada tulang babi.

"Apabila penapis air dapat pensijilan halal, menjadikannya berkualiti, tidak memabukkan, suci daripada najis dan berkhasiat kepada pengguna,” kata Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim Bukhari Md Akhir.

Bercakap dalam forum KiniHalal di Putrajaya baru-baru ini, Bukhari berkata senarai nama syarikat yang mendapat sijil halal dipaparkan dalam aplikasi SmartHalal dan portal Halal Jakim.

Pengarah Urusan Panaxy Group (M) Sdn Bhd Ho Shiao Kiat turut bertindak sebagai ahli panel dalam acara itu.