MT Umno mesyuarat Sabtu ini
- Dikemas kini dengan penafian ibu pejabat Umno berkaitan dakwaan mesyuarat MT hari ini.
Majlis Tertinggi Umno dijadual bermesyuarat pada Sabtu ini, di tengah-tengah ketegangan hubungannya dengan Bersatu - sekutu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa mesyuarat secara atas talian itu akan melibatkan ketua-ketua bahagian dan pengerusi Umno negeri-negeri.
Sementara itu, Berita Harian melaporkan anggota MT Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata, mesyuarat Sabtu ini akan membincangkan pelbagai isu berbangkit dalam parti, termasuk perkembangan semasa politik tanah air.
Malaysiakini masih cuba mendapatkan pengesahan pimpinan Umno berkaitan perkara ini.
Sementara itu, terdapat percanggahan maklumat berkaitan “mesyuarat” hari ini.
Satu sumber memberitahu Malaysiakini bahawa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno akan berlangsung pada jam tiga hari ini, juga secara atas talian.
Bagaimanapun, sumber lain berkata ia hanya melibatkan beberapa anggota MT parti itu sahaja.
Tiada mesyuarat MT hari ini - ibu pejabat Umno
Sementara itu, ibu pejabat Umno menegaskan tiada sebarang mesyuarat berkaitan MT parti itu hari ini, lapor Umno Online.
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan juga menafikan perkara itu di Twitter sebentar tadi.
“Saya di Pontian setelah selesai kuarantin dan negatif Covid-19. Pemberita tanya tentang mesyuarat MKT. Tidak ada mesyuarat itu sama ada bersemuka atau online hari ini,” katanya.
Malaysiakini sebelum ini difahamkan kemungkinan akan ada pengumuman besar dibuat hari ini, tetapi perkara ini masih tidak dapat disahkan, setakat laporan ini ditulis.
Kelmarin, Biro Politik Umno memutuskan untuk mempertimbangkan menarik diri daripada PN.
Presiden Umno Zahid Hamidi sebelum ini mengaku “ramai” ahli parlimen Umno menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri baru dan menghormati keputusan itu dan tidak dapat menghalangnya.
Anwar telah mengadap Yang di-Pertuan Agong dan mengaku menyerahkan dokumen akuan berkanun dan surat berkaitan sokongan “lebih 120” ahli parlimen didakwa diperolehnya.
Istana bagaimanapun berkata tiada senarai diberikan.
Agong dijadual menerima mengadap beberapa ketua parti tetapi ditangguhkan buat masa ini
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai