30 MP Umno sokong Anwar? Itu anggaran, kata Khalid
- Dikemas kini dengan penjelasan terbaru Khalid di Twitter.
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata kenyataannya bahawa 30 anggota parlimen Umno menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim cuma anggarannya.
“Ada yang tegur, angka 30 MP Umno tak pernah disebut mana-mana pihak," tulisnya di Twitter.
“Saya akui ia anggaran saya dan secara rasminya kenyataan saya sepatutnya hanya menyebut ‘surat sokongan ketua-ketua parti dipersembahkan DSAI (Anwar) kepada YDPA (Agong) termasuk sejumlah MP Umno’".
Terdahulu, dia dilaporkan berkata, “kalau tak silap”, Anwar disokong oleh 30 anggota parlimen Umno untuk membentuk kerajaan baru.
Katanya jumlah sokongan lain terhadap Anwar ialah 39 daripada PKR, DAP (42) dan Amanah (11), lapor Malaysia Dateline yang memetik wawancara video di Jom Channel.
“Saya difahamkan, selain surat-surat dari Mohamad Sabu yang mewakili Amanah dan surat Lim Guan Eng yang mewakili DAP, Datuk Seri Anwar juga membawa surat daripada Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan 30 MP Umno, kalau tak silap saya, menyokong Anwar.
“Ia dikemukakan setakat itu sahaja tanpa SD.
“Namun, saya difahamkan surat Zahid Hamidi ada senarai namanya,” dia dipetik sebagai berkata.
Katanya, ia menjadikan jumlah sokongan terhadap Anwar sebanyak 122, tidak termasuk ahli parlimen bebas yang memberikan SD kepada Anwar.
Presiden Umno Zahid Hamidi sebelum ini mengaku “ramai” ahli parlimen Umno menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri baru dan menghormati keputusan itu dan tidak dapat menghalangnya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai