Skip to main
Logo Malaysiakini

Projek KVDT2 diteruskan, tapi tender buka semula - Wee

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kerajaan hari ini menegaskan bahawa Projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT2) tetap diteruskan, namun tendernya akan dibuka semula, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.

Kenyataan beliau sebagai susulan terhadap satu rakaman video dalam talian yang mendakwa pembatalan projek bernilai RM4.475 bilion tersebut akan menyebabkan kehilangan besar dari segi pekerjaan.

Menurutnya, kerajaan juga perlu menghormati proses perundangan berkaitan yang dijalankan ketika ini memandangkan isu terbabit telah dibawa ke mahkamah olek pihak Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (DMIA) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

"Mengenai pelaksanaannya, kabinet telah bersetuju bahawa langkah terbaik adalah dengan membuka semula tender projek tersebut.

“Ini demi memastikan ketelusan penggunaan dana awam dan seterusnya memperoleh nilai terbaik bagi rakyat dan ekonomi negara.

“Oleh itu, adalah diharapkan tidak timbul lagi sebarang spekulasi yang berupaya mempengaruhi proses perundangan terbabit," kata Wee dalam satu kenyataan hari ini.

Projek KVDT2 itu dimajukan oleh Syarikat Dhaya Maju LTAT - sebuah syarikat usaha sama 80:20 di antara DMIA dan LTAT.

- Bernama