Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: Dua pekerja kedai haiwan di PJ, 1 Utama dijangkiti

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Dua pekerja dari rangkaian kedai haiwan peliharaan di Selangor dijangkiti Covid-19.

Petsmore Sdn Bhd berkata seorang pekerja di kedai cawangan SS2 Petaling Jaya, dan seorang lagi di cawangan pusat beli-belah 1 Utama masing-masing positif pada 19 Oktober dan 20 Oktober.

"Kami telah menutup kedai Petsmore SS2 dan Petsmore 1 Utama untuk melakukan pembersihan dan basmi kuman yang menyeluruh sesuai dengan prosedur.

"Kedai kami akan ditutup sementara sehingga pemberitahuan lebih lanjut dengan pasukan kerja baru," kata pengurusan syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Kakitangan lain dari kedai itu telah diuji negatif virus tersebut, tetapi akan menjalani kuarantin di rumah.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pusat beli-belah 1 Utama tidak mempunyai kes Covid-19.

Kluster Utama - dinamakan sempena pusat beli-belah itu - adalah yang terbesar di Lembah Klang dan sudah menular ke enam generasi.

Kluster ini mempunyai 194 kes keseluruhan setakat semalam, dengan 176 masih dalam rawatan.

[Baca laporan asal]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.