Hisham bendahari baru BN, ganti Ku Nan
BN hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein sebagai Bendahari BN yang baru.
Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan, hari ini.
Hishammuddin menggantikan bekas Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini hanya memegang jawatan sebagai Bendahari Umno.
"Suatu rombakan kecil dalam kepimpinan BN telah dilakukan dengan mengambil kira beberapa aspek untuk memperkukuhkan struktur organisasi BN.
"Dengan ini saya telah melantik YB Hishammuddin selaku Bendahari BN yang baru," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Zahid berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan dan rundingan dilakukan dengan presiden parti komponen BN.
"BN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tengku Adnan atas segala jasa dan peranan beliau selaku bendahari BN," katanya lagi.
Hishammuddin yang juga menteri luar sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai naib presiden Umno bersama Zahid ketika parti itu di bawah kepimpinan Najib Razak.
Dia bagaimanapun tidak bertanding dalam pemilihan Umno selepas BN tewas dalam PRU14 yang lalu.
Selepas kekalahan BN dalam PRU tersebut, Tengku Adnan yang juga ahli Parlimen Putrajaya dilantik sebagai bendahari BN.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai