ULASAN | Rakyat, negara bayar harga mahal jika darurat, kata 100 ahli akademik
ULASAN | Kenyataan ini ditandatangani seratus ahli akademik, pensyarah universiti, profesor, sarjana dan ilmuan pesara.
Kami, yang bertandatangan di bawah ini, memerhatikan dengan penuh prihatin dan khuatir yang amat sangat tentang perkembangan politik terkini mengenai laporan bahawa kabinet menasihati Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk mengisytiharkan pemerintahan Darurat.
Menurut Fasal 150 Perlembagaan Persekutuan, Pengisytiharan Darurat dapat dikeluarkan oleh SPB Yang Di-pertuan Agong jika Baginda berpuas hati bahawa 'satu keadaan darurat yang teruk berlaku di mana keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di Persekutuan atau mana-mana sebahagian daripadanya terancam '.
Pada masa kini, jelas sekali negara tidak berada dalam keadaan seperti itu.
Adalah jelas bahawa negara kita sedang menghadapi krisis ekonomi serta krisis kesihatan awam yang berkaitan dengan pandemik Covid-19 terutamanya di Sabah, dan kedua-dua krisis ini benar-benar membimbangkan.
Meskipun demikian, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan memiliki sejumlah pilihan undang-undang dan juga pilihan langkah perubatan yang mencukupi demi meratakan lengkung jangkitan Covid-19, seperti yang dilakukan pada gelombang kedua.
Kami khuatir tindakan mengisytiharkan pemerintahan Darurat berdasarkan Fasal 150 didorong oleh situasi politik yang tidak menentu dalam pemerintahan PN itu sendiri dan kebimbangan bahawa Rang Undang-undang Belanjawan 2021 mereka akan dikalahkan dalam sidang parlimen yang dijadualkan berlangsung pada awal November.
Sekiranya demikian, kami menggesa pemerintah PN dan semua anggota Parlimen lain supaya berfikir dengan tenang dan bertindak dengan penuh tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
Kami berpendapat mereka harus menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bagi untuk memelihara cara hidup demokratik yang merupakan hasil peralihan demokrasi secara damai, di samping menjunjung kedaulatan undang-undang dan demokrasi berparlimen, yang pencapaiannya telah meningkatkan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa.
Dalam semangat demi melindungi kepentingan negara dan rakyat, mereka seharusnya menunjukkan sifat kenegarawanan dengan duduk bersama merundingkan belanjawan yang dipersetujui untuk diluluskan oleh parlimen.
Kita semua tentu sedar bahawa pemerintahan darurat memberikan monopoli kuasa kepada badan eksekutif tanpa proses semak dan imbang yang perlu oleh badan hehakiman dan badan perundangan.
Rosak reputasi
Keadaan sedemikian hanya akan menjejaskan tadbir urus yang baik dan melemahkan pemerintahan menurut undang-undang dan akauntabiliti.
Sekiranya kita tidak mengambil berat perkara penggantungan dan pengabaian institusi demokrasi ini, akibatnya nanti akan menjerumuskan negara kita ke jalan kemunduran, iaitu pemerintahan autoriter dan diktator, suatu perkembangan yang biasa berlaku pada abad yang lalu.
Hal ini hanya akan merosakkan kedudukan antarabangsa, reputasi kewangan, iklim pelaburan, dan kredibiliti pemerintahan negara kita.
Inilah harga mahal yang kita semua - rakyat dan negara – akan terpaksa membayarnya nanti.
Sehubungan dengan itu, kami menyeru supaya semua pihak berfikiran waras dan tenang, bersifat hikmah dan menunjukkan prinsip kenegarawanan.
Tumpukan kepada kepentingan rakyat, hentikan politiking, selesaikan masalah secara jujur dengan berunding, sekali-kali jangan isytiharkan pemerintahan darurat.
Senarai penandatangan:
1. Prof Emeritus Dato’ Dr Abdul Rahman Embong, pesara.
2. Prof Emerita Dato Dr Wazir Jahan Karim, Anthropologist and Conservationist.
3. Prof Dr Syed Farid Alatas, National University of Singapore
4. Prof Emeritus Dr Tham Siew Yean, pesara.
5. Sasterawan Negara Prof Emeritus Datuk Dr Muhamad Hj Salleh.
6. Prof Zaharom Nain, University of Nottingham Malaysia.
7. Prof Dato' Dr. Mohammad Agus Yusoff, Universiti Kebangsaan Malaysi.a
8. Prof Dr Maude E Phipps, Monash University Malaysia.
9. Prof Dr Edmund Terence Gomez, Universiti Malaya.
10. Prof Dr Sharmani Patricia Gabriel, Universiti Malaya.
11. Prof Dr Teh Yik Koon, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
12. Prof Dr Mohamed Aslam Haneef, International Islamic University of Malaysia.
13. Prof Dr Nor Faridah Abdul Manaf, International Islamic University Of Malaysia.
14. Prof Dr Chin Yee Whah, Universiti Sains Malaysia.
15. Dr Ong Puay Liu, pesara profesor antropologi.
16. Abdul Halim Ali, pesara profesor sosiologi.
17. Dato' Dr Ahmad Mahdzan Ayob, pesara profesor, bekas timbalan naib canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia.
18. Dr Francis Loh Kok Wah, pesara profesor sains politik.
19. Dr Subramaniam Pillay, pesara ahli akademik, pengasas NGO Aliran.
20. Dr Madeline Berma, retired academic; Fellow, Academi Sains Malaysia
21. Dr Norani Othman, pesara profesor sosiologi.
22. Prof Madya Dr Helen Ting, Universiti Kebangsaan Malaysia
23. Dr Hew Wai Weng, Universiti Kebangsaan Malaysia
24. Prof Madya Dr Lew Bon Hoi, New Era University College
25. Dr Lai Suat Yan, Universiti Malaya
26. Dr Khoo Ying Hooi, Universiti Malaya
27. Prof Madya Dr Yeoh Seng Guan, Monash University Malaysia
28. Prof Madya Dr Kuik Cheng Chwee, Universiti Kebangsaan Malaysia
29. Dr Mohd Faizal Musa, Universiti Kebangsaan Malaysia
30. Dr Greg Lopez, Murdoch University
31. Dr Charis Quay Huei Li, Université Paris-Saclay
32. Dr Rusaslina Idrus, Universiti Malaya
33. Dr Phua Kai Lit, pesara prof madya
34. Prof Madya Dr Sumit Mandal, University of Nottingham Malaysia
35. Dr Por Heong Hong, Universiti Sains Malaysia
36. Dr Lim Teck Ghee, pesara ahli akademik
37. Prof Madya Dr Khoo Gaik Cheng, University of Nottingham Malaysia
38. Dr Mazlan bin Che Soh, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
39. Dr Chong Wu Ling, Universiti Malaya
40. Dr Muhamad Azwan Abd Rahman, Universiti Utara Malaysia
41. Mr Bealeatham Kalimuthu, pesara ahli akademik.
42. Dr Teo Lee Ken, pengkaji bebas.
43. Muhammad Ariff Asyrul Adnan, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
44. Rosli H Mahat, pesara profesor madya fizik.
45. Dr Omar Shawkataly, pesara ahli akademik.
46. Dr Ngo Sheau Shi, Universiti Sains Malaysia
47. Dr Yuwana Podin, Universiti Malaysia Sarawak
48. Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, International Islamic University of Malaysia
49. Mr Azmyl Yusof, Sunway University
50. Dr Andrew Aeria, pesara ahli akademik.
51. Ms Tricia Yeoh, PhD candidate, University of Nottingham Malaysia
52. Dr. Azmil Tayeb, Universiti Sains Malaysia
53. Dr Koh Sin Yee, Monash University Malaysia
54. Dr Brendan J. Gomez, sarjana bebas.
55. Dr Show Ying Xin, Australian National University
56. Dr Ramze Endut, Universiti Kebangsaan Malaysia
57. Dr V Selvaratnam, pesara ahli akademik
58. Haris Zuan Jaharudin, calon PHD di Cranfield University
59. Fatimah Mohd Tajuddin, ahli akademik
60. Mohd Sazni, calon sarjana.
61. Syahida Johan, ahli akademik.
62. Ooi Kok Hin, penyelidik bebas.
63. Zikri Rahman, calon PhD National Chiao Tung University
64. Helmy Muhammad, calon PhD.
65. Aisyah Tajuddin, ahli akademik.
66. Nabilah Huda, ahli akademik.
67. Fairuzzaman Shaharuddin, calon PhD.
68. Dr Wan Manan Wan Muda, pesara ahli akademkik.
69. Dr Azizan Bahari, penulis, pesara ahli akademik.
70. Dr Wan Puspa Melati Wan Abdul Halim, ahli akademik.
71. Marilyn Ong Siew Ai, pesara ahli akademik.
72. Dr Athi Sivan T. Mariappan, pengkaji bebas.
73. Dr Chan lean Heng, pesara ahli akademik.
74. Dr Wilson Tay Tze Vern, Taylor's University Malaysia
75. Ms Fang Yi Xue, academic (INTI International University) & PhD Candidate
76. Dr Lee Hwok Aun, ISEAS-Yusof Ishak Institute
77. Dr. Sharifah Munirah Alatas, Universiti Kebangsaan Malaysia
78. Dr Chai Ming Hock, Universiti Sains Malaysia
79. Mr Ab Bassit Husain,academic, Universiti Kuala Lumpur
80. Mr Akmal Hisham Abdul Rahim, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
81. Mr Aznijar Mohd Yazid, Universiti Malaya
82. Dr. Simon Soon, Universiti Malaya
83. Dr Chang Teck Peng, Tunku Abdul Rahman University College
84. Dr Wong Kok Keong, Berjaya University College
85. Dr. Welyne Jeffrey Jehom, Universiti Malaya
86. Dr Ngeow Chow Bing, Universiti Malaya
87. Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor, Universiti Kebangsaan Malaysia
88. Dr Peter Chang, Universiti Malaya
89. Assoc Prof Dr Sivachandralingam Sundara Raja, Universiti Malaya
90. Assoc Prof Dr Chang Yun Fah, Taylor’s University Malaysia
91. Mr U K Menon, CEO, Espact Education
92. Dr Johan Saravanamuttu, Professor Emeritus (Universiti Sains Malaysia)
93. Dr Cecilia Ng, pesara ahli akademik.
94. Dr Fiona Lee, University of Sydney
95. Dr Tan Beng Hui, pengkaji bebas.
96. Dr Tan Sooi Beng, pesara bekas profesor pengajian seni muzik,
97. Andrew Khoo, former Commonwealth Professional Fellow
98. Dr Agnes Yeow, Universiti Malaya
99. Assistant Prof Dr Leong Kar Yen, Tamkang University Taiwan
100. Dr Ngu Ik Tien, Universiti Malaya
Artikel ini kenyataan media senarai kumpulan akademik prihatin di atas dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai