Penutupan sekolah di KL, S'gor, Putrajaya dilanjut hingga 9 Nov
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa semua institusi pendidikan berdaftar di bawah kementerian itu yang terletak di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan terus ditutup sehingga 9 Nov.
Ini termasuklah tadika, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah swasta, Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG).
KPM mengumumkan perkara itu dalam kenyataan media di laman webnya selaras dengan pengumuman pelanjutan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
"Pentadbir sekolah serta institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru-guru, tenaga pengajar serta murid dan
pelajar terus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di
rumah.
"Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my," kata kenyataan itu.
Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya diletakkan di bawah PKPB bermula 14 Okt lalu susulan lonjakan kes Covid-19.
Malaysia mencatat rekod baru kes harian dengan 9,744 kes aktif Covid-19 termasuk 1,240 yang dilapor dalam tempoh 24 jam sehingga tengah hari tadi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai