PKPB tunjuk hasil, kadar kebolehjangkitan turun
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata langkah mengenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) membuahkan hasil apabila kadar kebolehjangkitan di seluruh negara telah menurun.
Noor Hisham berkata, apabila PKPB mula dilaksanakan, kadar kebolehjangkitan atau R0 negara adalah 2.2
Hari ini nilai itu menurun kepada 1.2, katanya.
"Pada mulanya kada pada 2.2, minggu lepas kita berjaya turunukan kepada 1.5 dan hari ini 1.2, tetapi ia belum memadai.
"Kita masih perlu turunkannya kepada bawah satu. Jika boleh, 0.3 kerana jika kita dapat lakukannya, kita dapat landaikan keluk (jangkitan)," katanya ketika sidang media hari ini.
Pada masa ini, terdapat beberapa kawasan yang dikenakan PKPB, iaitu Sabah, Lembah Klang serta Nilai, Negeri Sembilan.
Noor Hisham berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada PKPB berjaya atau tidak, atau perlunya sekatan yang lebih ketat.
Dia menekankan perlunya keseimbangan antara kesihatan rakyat dengan ekonomi.
Memandangkan PKP secara penuh memberi kesan besar terhadap ekonomi, dia berkata kerajaan memutuskan untuk menggunakan model "hibrid".
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai