Skip to main
Logo Malaysiakini

Indira Gandhi fail saman terhadap IGP

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

M Indira Gandhi telah mengemukakan saman sivil terhadap Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador atas alasan pihak berkuasa enggan untuk mencari bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah.

Peguamnya, Rajesh Nagarajan memberitahu Malaysiakini bahawa saman itu telah difailkan melalui e-filing ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Sebelum ini dilaporkan bahawa, Indira Gandhi telah beusaha untuk mendapatkan hak menjaga anak gadisnya, Prasana Diksaa, yang telah dilarikan oleh Riduan.

"Ini dilakukan melalui e-filing," kata Rajesh ketika ditanya mengenai saman yang telah dikemukakan terhadap ketua polis itu pagi ini.

Peguam itu mengesahkan bahawa saman berkenaan difailkan atas dakwaan IGP gagal melaksanakan perintah mahkamah untuk mencari Riduan.

"Ya, (saman itu) menuntut ganti rugi kerana kegagalan IGP dengan sengaja menolak untuk mencari bekas suaminya," kata Rajesh.

Dilaporkan bahawa Indira Gandhi akan mengajukan tuntutan saman terhadap Abdul Hamid minggu ini.

Januari lalu, IGP mendedahkan dia mengetahui keberadaan bekas suami Indira, Muhammad Riduan Abdullah dan memintanya supaya menyerahkan dirinya.

[Baca berita asal]