'Lepas Kiss ada ManiS di Selangor'
Selangor meneruskan usaha untuk memberi singkatan kepada inisiatif kerajaan melalui pembentukan Majlis Wanita Selangor atau ManiS.
Majlis ini akan menjadi payung bagi semua agensi kerajaan negeri dan NGO untuk meneliti dan mengembangkan dasar mengenai wanita dari segi ekonomi, masyarakat, politik dan budaya.
Perkara ini diumumkan semasa ucapan Belanjawan 2021 oleh Menteri Besar Amirudin Shari di DUN hari ini.
Amirudin juga mengumumkan Selangor akan meneruskan skim Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss) dan Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (Kiss It).
Program Kiss, yang memberikan baucar belanja runcit bulanan bernilai RM200 untuk ibu golongan B40, dimulakan pada tahun 2018 oleh menteri besar Azmin Ali.
Program Kiss It pula, kata Amirudin, akan memberi manfaat kepada 5,000 orang.
Sementara itu, Amirudin juga mengumumkan pentadbirannya akan memperuntukkan RM17.5 juta tahun depan untuk program membantu mereka dalam kategori B40 mendapatkan akses internet untuk pembelajaran dan keusahawanan.
Katanya, program ini akan memberi manfaat kepada 54,000 orang, termasuk pelajar, ibu tunggal dan mereka yang berpendapatan rendah.
Kerajaan Selangor juga akan memperkenalkan bank makanan untuk kanak-kanak yang memerlukan di bawah 6 tahun. Program ini akan menelan belanja sebanyak RM1 juta.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai