Pelajar UiTM lapor polis terhadap persatuan di UM
- Dikemas kini dengan laporan penuh.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuat laporan polis terhadap Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) susulan tulisan berkaitan institusi diraja.
Yang Dipertua MPP UiTM Se-Malaysia Muhammad NurSyahmi Shaare membuat laporan polis itu ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam semalam.
Syahmi dalam laporannya mendakwa Umany membuat “provokasi melampau” dan “menyebarkan kebencian” terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Perkara seperti ini tidak patut diambil ringan oleh semua pihak.
“Institusi raja-raja Melayu perlu dipertahankan," kata NurSyahmi, merujuk kepada tulisan Umany di Facebook bertajuk “Yang di-Pertuan Agong tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal negara”.
Umany pada Sabtu lalu berkongsi tulisan itu di media sosialnya.
Bagaimanapun, persatuan pelajar yang berdaftar di Universiti Malaya (UM) itu menyahaktifkan akaun Facebook berkenaan selepas berdepan kritikan.
Mereka turut berdepan kritikan persatuan pelajar lain seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan berdepan siasatan dalaman di UM.
Sementara itu, NurSyahmi dalam laporan polis itu mempersoalkan motif Umany mengeluarkan kenyataan itu.
“Adakah mereka merupakan lidah dan lembu yang dicucuk hidung oleh sesetengah pihak yang anti kepada perlembagaan dan institusi raja berpelembagaan di Malaysia?
NurSyahmi menuntut polis menyiasat laporan itu bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas Umany laporan polis terhadap mereka.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai