Skip to main
Logo Malaysiakini

834 kes baru, jumlah kes aktif menurun bawah 10,000

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 834 kes baru Covid-19 yang dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah kes positif setakat ini kepada 33,339 kes.

Pada masa sama, seramai 900 lagi pesakit sembuh hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 23,120 kes.

Jumlah kes aktif telah menurun kepada 9,968 kes.

Berikut adalah maklumat kes Covid-19 yang dilaporkan tengah hari ini:

  • Jumlah kes baru: 834 kes
  • Jumlah pesakit sembuh: 900 orang
  • Kes kematian: 2 kes
  • Pesakit di ICU: 91 orang (dengan 32 orang memerlukan bantuan pernafasan)

Kedua-dua kes kematian melibatkan pesakit di Sabah - lelaki berusia 88 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit Osteoartritis dan perempuan berusia 75 tahun dengan penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia.

Setakat ini, jumlah kes kematian di Sabah adalah sebanyak 119 kes, iaitu 47.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes kematian (251).

Menurut KKM lagi, Sabah kekal menjadi negeri dengan kes baru paling tinggi, dengan 503 kes (60.3 peratus).

Ia diikuti dengan Selangor dengan 129 kes dan Labuan dengan 105 kes.

Ia diikuti dengan negeri/wilayah persekutuan berikut:

  • Pulau Pinang (21)
  • Kuala Lumpur (20)
  • Negeri Sembilan (16)
  • Sarawak (14)
  • Johor (8)
  • Putrajaya (6)
  • Kedah (3)
  • Perak (3)
  • Kelantan (2)
  • Pahang (1)

KKM berkata peningkatan kes di Labuan - iaitu peningkatan hampir enam kali ganda berbanding 18 kes semalam - berikutan lebih banyak saringan bersasar telah dilakukan.

"Saringan komuniti yang dijalankan di Jalan Tenaga di Labuan telah mengenal pasti 57 lagi kes positif Covid-19 pada hari ini.

"Kesemua negeri-negeri ini (Sabah, Labuan dan Lembah Klang) masih berada dalam perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB)," kata KKM lagi.