Skip to main
Logo Malaysiakini

Biden jangka menang, Trump tuntut mahkamah hentikan kiraan undi

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL l Calon Demokrat Joe Biden meramalkan bahawa kemenangan akan berpihak kepadanya pada pilihan raya AS dengan mengalahkan Presiden Donald Trump. Ini setelah kemenangan penting di Michigan dan Wisconsin, sementara petugas kempen Republikan berusaha mencari jalan dengan saman dan tuntutan agar kiraan semula diadakan.

Kemenangan di negeri-negeri berkenaan memberi Biden, bekas naib presiden yang telah menghabiskan lima dekad sebagai penjawat awam, dorongan kritikal dalam perlumbaan untuk memperoleh 270 undi yang diperlukan untuk menduduki Rumah Putih.

Trump, yang menang di kedua-dua negeri itu pada 2016, kini mempunyai lebih pilihan untuk mendapatkan penggal kedua. Walaupun kiraan masih berlangsung, dia menipu mendakwa dirinya telah menang dan menuduh Demokrat cuba menipu dan berikrar akan akan mencabar keputusan di negeri-negeri tersebut di mahkamah.

"Adalah jelas bahawa kami sedang menang di kebanyakan negeri untuk mendapatkan 270 undi elektoral yang diperlukan untuk menang," kata Biden, yang muncul bersama Kamala Harris, di negeri asalnya di Delaware.

"Saya bukan berada di sini untuk mengisytiharkan kita telah menang. Tetapi saya di sini untuk melaporkan bahawa apabila kiraan selesai, kita yakin kita akan menang."

Trump sejak berbulan-bulan lalu sedang berusaha menjejaskan kredibiliti proses pengundian sekiranya dia tewas dan menuduh tanpa bukti, bahawa Democrat berusaha untuk menipu pada pilihan raya.

Kempen untuk memastikan peluang Trump tidak berakhir diteruskan dengan cabaran di mahkamah di Michigan dan Pennsylvania untuk menghentikan pengiraan undi. Ia juga menuntut kiraan semula di Wisconsin.

- Reuters

Sementara itu, AFP pula melaporkan bahawa keputusan pilihan raya itu bergantung kepada kiraan undi di beberapa negeri utama, dengan pertarungan yang semakin sengit.

Biden dilihat mempunyai peluang untuk menang dengan 264 undi setakat ini, termasuk di Michigan dan Wisconsin, berbanding 214 diperoleh Trump.

Setakat ini, lima negeri dilaporkan masih belum memberikan sebarang keputusan, termasuk Pennsylvania dan beberapa negeri seperti Nevada, Georgia, Carolina Utara dan Alaska.

Kelewatan dikatakan berpunca daripada lambakan undi pos susulan wabak Covid-19 dan undi itu memberi kelebihan kepada Demokrat.

Jika Biden mendahului di Arizona dan memenangi Nevada serta enam undi lain, dia akan memperoleh semua 270 undi diperlukan, sekali gus diisytiharkan sebagai pemenang.

Trump pula perlu menang di Carolina Utara dan Georgia tetapi jika kalah di Arizona, dia perlu merampas Pennsylvania dan Nevada untuk muncul sebagai pemenang.

Memenangi hanya Pennsylvania dan Alaska tidak mencukupi untuk melayakkan dia kekal sebagai presiden buat penggal kedua.