Skip to main
Logo Malaysiakini

Empat PPS masih dibuka di S'gor, N Sembilan

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Empat pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Selangor dan Negeri Sembilan sehingga hari ini, menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Kementerian itu melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pusat pemindahan banjir itu menempatkan 224 mangsa daripada 54 keluarga di negeri berkenaan.

PPS Dewan Orang Ramai Dengkil yang dibuka semalam (4 Nov) menempatkan 67 mangsa terdiri daripada 16 keluarga dari Kampung Cemperai, Dengkil manakala bagi Selangor, tiga PPS masih dibuka melibatkan 138 mangsa daripada 35 keluarga.

Kenyataan itu turut menyebut antara keperluan asas yang disediakan JKM di PPS itu bagi meringankan beban mangsa termasuk khemah, tikar, bantal, selimut, toto dan makanan.

Dalam kenyataan sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun turut mengingatkan mangsa dan petugas JKM semasa melawat mangsa banjir di PPS Dewan Orang Ramai Dengkil agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) serta mengamalkan norma baharu yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

- Bernama